Assalamualaikum,
Dadih...satu jenis pemanis mulut yang sangat disukai oleh semua peringkat umur.
Infaq di masjid, surau, madrasah ke mana saja pasti menjadi rebutan dan ianya ialah dadih D'Masjid.
Bagi yang biasa singgah di Masjid Daerah Taiping di waktu sekolah bercuti insyallah pasti akan temui dadih D' Masjid.
Macam mana? Sedap tak? OK tak? Alhamdulillah!
Kepuasan anda adalah kegembiraan kami.
Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba dadih D' Masjid tanya lah pada yang pernah mencuba dan masih setia menikmatinya.
Terima kasih semua di atas sokongan dan doa anda semua yang membuatkan perniagaan ini masih berdiri teguh sehingga sekarang.
D' Masjid adalah suatu jenama di bawah pendaftaran HAMINAH JAYA Enterprise yang sedang berusaha memartabatkan perusahaan dadih untuk berada sama tinggi bersama pemanis-pemanis mulut yang lain di pasaran terkini. Perniagaan yang berasaskan krimer ini telah diusahakan sejak 2007 lagi dan alhamdulillah masih terus utuh sehingga sekarang.
Misi kami adalah
- Memastikan para pengguna dapat menikmati dadih yang segar, sedap dan berkualiti dengan harga yang sangat berpatutan.
- Mengekalkan resepi yang tepat bagi menjamin rasa yang hebat dan sukar dilupakan
Kami juga ada menyediakan pakej-pakej yang sangat menarik bagi memenuhi keperluan anda semua seperti :
- Jamuan kenduri kahwin, pertunangan, pernikahan.
- Ulangtahun kelahiran, hari ibu/bapa/guru.
- Majlis perpisahan/persaraan.
- Rumah Terbuka.
- Kenduri aqiqah, tahlil, majlis berkhatan.
- Majlis2 alumni persekolahan/kolej/universiti.
- Jamuan2 kerajaan/swasta.
- Hari Keluarga.
- Infaq masjid/surau. madrasah tahfiz/pondok, rumah anak2 yatim, sedekah solat Jumaat.
- Majlis berbuka puasa dan berbagai lagi.
Harga yang cukup menarik dan sangat berpatutan
1. 50 - 499 RM1 secawan ekstra 1 cawan dengan setiap gandaan sepuluh.
2. 500 dan ke atas RM0.85 saja secawan.
Haaa ateeerr apa ditunggu lagi? Moh ler oder cepat. Nanti penuh jadual jenuhlah komer nak nunggunye pulokk. Kalau rasa ndak gamaknyer teman nunggu ni kat talian ni haa 0195717336. Teman tangguh dulu la yerr. Assalamualaikum.
Raikan Hidup Mu